Wayang Kulit merupakan sejenis teater tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara sebelum kedatangan pelbagai seni hiburan dan persembahan moden yang kebanyakannya berasaskan media elektronik. Ia merupakan satu bentuk persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Wayang Kulit dipersembahkan dalam upacara atau perayaan tertentu. Fungsi Wayang Kulit ini adalah sebagai medium hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Seni persembahan ini tersebar dan membentuk satu identiti tersendiri dalam sesebuah masyarakat.
Asal usul wayang kulit telah banyak diperkatakan sebelum ini. Rata-rata berpendapat bahawa wayang kulit telah wujud di Indonesia sejak beberapa kurun lalu dan dibawa dari Indonesia serentak dengan proses penyebaran agama Hindu. Pendapat ini sukar dibuktikan sama ada benar atau tidak. Kalau pun benar, kebenaran ini mungkin dalam aspek-aspek tertentu sahaja. Tidak terdapat sebarang persamaan baik dari segi falsafah mahu pun dalam cara persembahan antara wayang kulit Jawa atau Melayu dengan tradisi teater India. Bukti yang konkrit pun tidak pernah dicatat secara pasti. Catatan yang ditemui hanya berupa pandangan dan pendapat yang diasaskan pada pergerakan sejarah semata-mata. Namun demikian cerita wayang kulit di Pulau Jawa, Bali atau Malaysia semuanya berasaskan pada dua hikayat Dewa-dewa, iaitu Mahabharata dan Ramayana. Begitu juga dengan persamaan istilah seperti wayang, dalang, panggung dan kelir.
Pengertian istilah wayang dalam bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang yang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang disekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang.
Selain di Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga terdapat di Bali, Kemboja dan China. Nama yang diberi kepada wayang kulit ini berbeza mengikut budaya dan bahasa setempat, walaupun fungsi dan asas persembahannya adalah sama. Di Thailand, wayang kulit dikenali sebagai Nang Yai, di Kemboja disebut dengan nama Nang Sbek manakal di Jawa digelar Wayang Purwa.
Wayang Kulit Melayu dipercayai dibawa dari Tanah Jawa ke Kemboja oleh seorang putera raja Kemboja yang bergelar Jaya Verman II. Beliau amat tertarik kepada falsafah dan persembahan wayang kulit lalu membawanya ke Kemboja dalam usaha untuk menyatukan kembali negaranya. Beliua berusaha mengubahsuai, merekacipta semula dan menghasilkan wayang kulit Kemboja. Keseluruhan rupabentuk dan cara persembahan wayang kulit kemboja telah berubah dan amat berbeza daripada wayang kulit Jawa. Semua watak dan cerita wayang kulit Kemboja diasaskan kepada cerita Ramayana. Kemungkinan di sinilah bermulanya asas bagi wayang kulit Siam dan wayang kulit Melayu kemudiannya.
Walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi cerita dan rupabentuk patung wayang, namun banyak yang telah diubahsuai mengikut budaya dan selera masyarakat tempatan. Begitu juga dengan patung wayang kulit yang telah diubahsuai. Patung wayang Jawa lebih ramping dan lampai berbanding dengan wayang Melayu yang kelihatan lebih gagah dan tegap. Kedua-dua tangan patung wayang kulit Jawa dapat digerakkan, tetapi patung wayang Melayu hanya dapat digerakkan sebelah tangannya sahaja. Begitu juga dengan patung wayang Kemboja yang kelihatan lebih besar dan memerlukan beberapa orang dalang untuk membantu dalam persembahan. Dapat dikatakan bahawa setiap wayang kulit dari pelbagai negara mempunyai ciri dan fungsi tersendiri. Kemungkinan inilah yang menyebabkan wayang kulit menjadi satu persembahan tetater tradisional di kebanyakan negara Asia Tenggara.
Dipercayai tradisi persembahan wayang kulit bermula sejak lebih 3000 tahun di Indonesia. Di Semenanjung Malaysia pula wayang kulit dianggarkan bermula sejak beberapa ratus tahun lalu. Kita mungkin tertanya-tanya, kenapakah wayang kulit masih kekal hingga sekarang?. Sebabnya ialah wayang kulit mempunyai nilai-nilai yang diperlukan oelh kehidupan manusia, baik dari segi material mahupun spiritual. Wayang kulit didapati mampu menggerakkan hati seseorang. Semakin tinggi jiwa seseorang pendukung, semakin tinggi pula perhatiannya terhadap wayang kulit. Semakin mendalam pengkajian dan pemahaman terhadapnya semakin takjub pula dirasakan.
Di awal abad ke-9, wayang kulit Melayu yang berasaskan cerita Ramayana kerap dimainkan di Patani, Kelantan, Kedah dan Perak. Dalang wayang kulit dari utara Semenanjung mengembara dan mengadakan persembahan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai timur negeri Johor. Pada pertengahan abad ke-9, sebilangan besar dalang wayang kulit hidup subur dan telah sekian lama kukuh bertapak menjadi tradisi dan budaya dalam masyarakat Melayu Kelantan. Falsafah yang dibawa dalam persembahan wayang kulit dipercayai diasaskan pada pemahaman agama Islam yang mendalam.
Dalam proses perkembangannya wayang kulit telah banyak melalui perubahan. Setelah melalui pelbagai zaman, wayang kulit dapat menyesuaikan dirinya secara bebas dan kreatif. Wayang kulit bermula sebagai alat yang ada kaitannya dengan upacara penyebaran agama, tetapi kemudiannya digunakan sebagai alat pendidikan dan penerangan. Pada kesempatan inilah nilai-nilai pendidikan dan pembangunan keluarga disampaikan. Nilai-nilai pembangunan masyarakat sebenarnya didasarkan pada hakikat bahawa keluarga menjadi agen pembentukan masyarakat. Inilah antara faktor mengapa wayang kulit sehingga kini menjadi salah satu tradisi kesenian negara.
Pada masa dahulu terdapat dua jenis persembahan wayang kulit di Semenanjung Malaysia, dan kebiasaannya dimainkan di negeri-negeri Utara Semenanjung yang bersempadanan dengan negara Siam (Thailand) dan juga Wilayah iam dan Wayang Jawa. Adunan daripada kedua-dua jenis wayang inilah yang telah menghasilkan Wayang Kulit Melayu. Wayang Kulit Jawa kini semakin pupus di Malaysia dan kalau ada pun, hanyalah untuk segelintir masyarakat Jawa di negeri ini ataupun dimainkan atas kehendak dan naungan para budayawan tempatan. Biasanya persembahan wayang kulit dipentaskan sewaktu ada pesta dan keramaian sosial, seperti pesta dan keramaian selepas menuai padi, di majlis perkahwinan dan berkhatan. Dewasa ini ada sedikit perbezaan kerana persembahan-persembahan wayang kulit dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan atau badan-badan kebudayaan temapatan mahupun oleh badan perniagaan. Jarang sekali lita lihat individu yang menganjurkan persembahan wayang kulit. Namun demikan, wayang kulit tetap hidup subur dalam budaya masyarakat Melayu di Malaysia.
Sebilangan besar dalang wayang kulit mendiami kawasan-kawasan penanaman padi. Ini bermakna musim permainan wayang kulit akan bermula sebaik sahaja padi habis dituai dan akan berlarutan sehingga bermulanya musim hujan. Seseorang dalang yang terkenal akan sentiasa mendapat jemputan mengadakan persembahan. Bagi dirinya kerja ini akan dapat mengisi masanya terutamanya dari bulan Mac hingga Oktober. Terdapat segelintir sahaja para dalang yang menampung hidup sepenuhnya daripada pendapatan persembahan wayang kulit. Kebanyakan dalang mempunyai pekerjaan sampingan, seperti menjadi pesawah ataupun menjadi penghibur dan juga dukun. Di sinilah para dalng menjadi lambang serta sumber harapan kepada masyarakat setempat.
macam mana nak buat cerita dalam wayang kulit?
ReplyDeletewayang kulit dipersembahkan di negeri mana?????
ReplyDeletekelantan lah aduh
DeleteTak semua di kelantan
DeletePa kabar kamu ???orang sabah ni
ReplyDeleteyasmirrr...
ReplyDeleteorang sabah yang tinggal atas pokok kaa..?..hahahahahah
ReplyDeleteya masih, dan kami masih menggunakan adat pancung kepala. pegi la sini.
Deleteapakah perkembangan wayang kulit dari segi kebudayaan dan bidang pelancongan?
ReplyDeleteSiapakah tokoh pengembangan seni wayang kulit yang terunggul di Malaysia ?
ReplyDeleteBarbar ml yuk
ReplyDeletebiasanya wyg kulit ni dipersembahkan bile
ReplyDeleteBile ade upacara atau perayaan tertentu
DeleteBile ade upacara atau perayaan tertentu
DeleteBetulke wayang kulit ni berasal dari Indonesia? Kalau betul,macam mane nak buat ayat penyata tentang wayang kulit? Nak ayt yang ringkas je. Boleh sesiapa tolong??
ReplyDeleteFungsi wayang kulit??
ReplyDeleteAde siape 2 tahu tak ?
ReplyDeleteUrgent ni๐๐๐๐
ReplyDeletegaya penampilan karya untuk wayang kulit apa ya ?
ReplyDelete