Pages

Saturday, October 23, 2010

Video: Kajian Lapangan

"Rakaman Video - Kajian Lapangan di ASWARA"
(Sesi Latihan Wayang Kulit Oleh Pelajar ASWARA di bawah pimpinan Pak Nasir) 














Sumber Rujukan


1. Buku-buku
2. Temubual
3. Laman Web
4. Dll.

Friday, October 22, 2010

Persamaan & Perbezaan Ciri-Ciri Wayang Kulit


PERSAMAAN & BERBEZAAN WAYANG KULIT 


"Persamaan" dan "Perbezaan" wayang kulit khususnya bagi empat jenis wayang kulit yang telah dibincangkan sebelum ini dapat dilihat berdasarkan kepada beberapa ciri utama wayang kulit itu sendiri seperti asal usul, isi cerita, bahasa yang digunakan, bentuk patung (watak) dan alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit tersebut.

Anda boleh melihat persamaan dan perbezaan yang dimaksudkan di atas secara jelas sepertimana yang telah diringkaskan dalam jadual-jadual di bawah ini. Perbandingan yang jelas dapat diperhatikan berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diringkaskan di bawah ini.

Thursday, October 21, 2010

Video: Pembentangan Ahli

Pembentang Pertama
(Noor Shafinaz Binti Mansor)




Pembentang Ke-2
(Fatimah Binti Abdul)




Pembentang Ke-3
(Mohd Azirul Bin Jemrin)




Pembentang Ke-4
(Mohd Firdaus Bin Ashan)



Pembentang Ke-5
(Mohd Amirul Azwan Bin Hamzah)



Pembentang Ke-6
(Khadijah Binti Mohd Bakri)

PowerPoint (Pembentangan Kumpulan)


Pembentangan kumpulan kami telah diadakan pada Minggu Ke-11.
Sila KLIK PowerPoint di bawah untuk menyaksikan pembentangan kami.


Wayang Kulit -

Tuesday, October 19, 2010

Kajian Lapangan Di ASWARA


Pada 24 September 2010 iaitu pada hari Jumaat, kami telah menjalankan kajian lapangan di ASWARA bagi mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih jelas mengenai Wayang Kulit. Sebelum itu, kami telah berhubung dengan pensyarah yang juga merupakan penggiat seni Wayang Kulit terkenal di Malaysia. Beliau telah bersetuju untuk memberikan kerjasama bagi membantu kami bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan wayang kulit.

Sebelum kami menceritakan hasil kajian lapangan kami ini, kami ingin menceritakan sedikit latarbelakang pensyarah berkenaan yang banyak membantu kami dalam memberikan maklumat serta pandangan beliau. 

Nama beliau ialah En. Mohd Nasir bin Yusoff. Walaubagaimanapun, beliau lebih dikenali dengan gelaran Pok Nasir.Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Kraf Akademi ASWARA dan beliau mengajar dalam pengkhususan atau bidang Muzik dan Perdagangan Wayang Kulit dan Mak Yong. Mengimbas sejarah kelahiran beliau yang unik, sepertimana yang diceritakan oleh Pak Nasir sendiri, beliau telah dilahirkan di atas panggung wayang kulit yang pada ketika itu merupakan satu-satunya panggung wayang kulit yang terdapat di kampung beliau dan diusahakan oleh datuk beliau pada ketika itu. Maka, bermula dari peristiwa itu beliau telah dibesarkan bersama dengan seni wayang kulit. Menurut beliau lagi, beliau mula mempelajari seni wayang kulit ini sejak berumur 2 tahun lagi. Semasa kecil juga, beliau suka mereka dan menghasilkan patung wayang kulit dengan menggunakan kulit-kulit buku sekolahnya. Agak kelakar bunyinya, namun itulah hakikat perwatakan beliau di zaman kanak-kanaknya yang lahir dari darah panggung wayang ini.

Pada bahagian seterusnya, anda akan dijelaskan dengan beberapa maklumat kajian berdasarkan pendapat dan pandangan hasil daripada temubual kami dengan Pak Nasir. pada hari tersebut. Antara perkara penting yang akan dibincangkan di sini adalah mengenai Sejarah Wayang Kulit, Penjelasan Tentang Wayang Kulit Kelantan, Bentuk Patung & Watak Wayang Kelantan, Mantera Wayang Kelantan, Upacara Buka Panggung, Lagu-Lagu Wayang Kulit serta Cabaran Wayang Kulit.
 
1. Sejarah Wayang Kulit



2. Penjelasan Tentang Wayang Kulit Kelantan
3. Penceritaan Wayang Kelantan
4. Bentuk Patung & Watak Wayang Kelantan

5. Mantera Wayang Kelantan

6. Upacara Buka Panggung

7. Lagu-Lagu Wayang Kulit 

8. Cabaran Wayang Kulit

Wayang Kulit Kelantan

1. Pengenalan
2. Isi Cerita
3. Bentuk Patung & Watak
4. Alat Muzik
5. Bahasa



Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. 

seorang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan.
Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam.
Wayang Kulit Kelantan - Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit.
Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi thai.

Alat2 muzik yang di gunakan dalam permainan wayang kulit kelantan ini ialah:
Tetawak (gong)       2 biji (ibu dan anak)

  - 
Canang                   1 pasang (ibu dan anak)

  - 
Kesi                        2 pasang (penahan dan pengicah)

  - 
Gedang                   2 biji (ibu dan anak)

  - 
Geduk                     2 biji (ibu dan anak)

  - 
Gedombak               2 biji (Peningkah dan pembawa)

  - 
Mong                       1 biji (Sebagai alat tambahan sahaja, bagaimana pun mustahak
                                   
juga jika di kehendaki memainkan lagu2 tertentu).

  - 
Serunai                   2 batang (Serunai besar dan serunai nyanyi)

  - 
Pemetek                  1 buah (Alat ini di guna sebagai mengganti suara perintah dalang
                                   
dan sebagai alat bantu kesan bunyi).

Membuat Patung Watak Wayang Kulit:
Watak asas wayang kulit dibuat daripada belulang lembu. Terlebih dahulu belulang direndam dalam air sebelum diregang supaya kulitnya rata. Watak dilukis terlebih dahulu kemudian ia dipahat supaya lubang-lubang terbentuk untuk menghasilkan corak bayang di atas kelir (skrin) kelak.
Patung belulang kemudian dikepit pada tetulang yang daripada buluh atau kayu, Bahagian atasnya dikepit menggunakan rotan yang dibelah. Tali tangsi digunakan untuk mengikat tetulang pada belulang.

Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.



Wayang Kulit Jawa (Purwo)

WAYANG KULIT JAWA (PURWA)

 


1. SEJARAH
  • Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita- cerita Panji. 
  • Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. 
  • Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati
  • Wayang Purwo pula terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung     terutamanya di Johor yang mengetengahkan episod dari kitab Mahabrata dan cerita Panji 
  • Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai)
  • Dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan  penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan
  • Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian

2. PENGENALAN

Wayang ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor  dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa.

3. ISI CERITA

Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epik Mahabharata India. Ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji.

4. PATUNG-PATUNG
 
Patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. 

Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung:
 
  - Mata Jaitan untuk watak pahlawan
  - Mata pepelangan untuk watak jahat
  - Mata prebes untuk watak pertapa
 
5. ALAT MUZIK 
Alat Muzik wayang purwa berbeza dengan wayang lain kerana terdiri daripada:

Gong besar (gong Agong)      
Gong suwukan   
Gambang
Kempul
Kenong
Gender
Slentem
Demung
Saron
Peking (saron penerus)
Ketok / kompang
Rebab  
Gendang
 


 
Antara jenis-jenis lagu yang dimainkan pula ialah seperti Lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi. Wayang purwa diiringi oleh satu kumpulan gamelan.

6. BAHASA

Wayang Purwa disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan.
 

Wayang Gedek



1. Pengenalan
Wayang Gedek adalah merupakan satu bentuk teater tradisional yang menggunakan asas cahaya dan bayang-bayang pada sehelai kain putih yang direntangkan atau diletakkan secara menegak yang dipanggil 'kelir'. Perkataan 'wayang' menurut Kamus Dewan bermakna patung dan lain-lain material untuk mempertunjukan sesuatu cerita. Asal perkataan 'wayang' adalah diambil dari bahasa Bugis yang disebut dalam bahasa Jawa sebagai 'bayangan' dan dalam bahasa Aceh disebut sebagai 'bayang', bahasa melayu menggunakan perkataan 'bayang-bayang' dimana wayang itu adalah terbitnya bayang-bayang yang diwujudkan dengan cara menggerakkan sesuatu objek yang dipanggil patung-patung wayang kulit.

Akar kata perkataan wayang adalah 'yang' dan lanjutnya pula melahirkan perkataan lain seperti perkataan 'layang', 'poyang' dalam bahasa Jawa 'tidak tenang', ' doyang' maknanya miring 'senget', 'royong' tidak stabil atau statik. Dari semua perkataan ini dapat disimpulkan makna kepada wayang kulit ialah merupakan sesuatu yang tidak stabil atau tetap, menggunakan objek-objek yang tidak tenang bergerak-gerak dan terbang melayang terutamanya jika dilihat dari segi visual.

Wayang Gedek dipersembahkan di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan juga Perak. Negeri-negeri ini juga menerima pengaruh kuat dari Thailand. Kawasan ini terdedah kepada proses percantuman budaya dari sebuah negara dengan negara lain. Contohnya dari segi bahasa pertuturan, cara hidup dan tidak ketinggalan juga dari segi persembahan seni teaternya.



2. Bahasa
Wayang Gedek menggunakan dialek Kedah bercampur Thai. Unsur-unsur Thai juga jelas dalam kelihatan dari aspek reka corak pakaian pada patung itu sendiri yang berunsurkan wayang Siam. Semasa memulakan persembahan, upacara 'buka Panggung' adalah menggunakan bahasa Thai keseluruhanya walaupun cerita yang hendak disampaikan adalah dalam dialek Kedah sepenuhnya. 

3. Tok Dalang




Di negeri Kedah terdapat banyak kumpulan wayang kulit yang bergiat aktif dalam Wayang Gedek. Antara kumpulan yang terkenal di negeri Kedah yang adalah Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun. Dalang pertama dalam Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun adalah Mohd Noh bin Mahmud atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Noh. Pada usia lingkungan enam belas tahun, Pak Noh dikatakan sering meniru tingkah laku seorang dalang semasa mengadakan persembahan wayang kulit. Akibatnya Pak Noh telah mendapat satu penyakit yang hanya dapat disembuhkan oleh seorang dalang iaitu Den Choon yang merupakan ketua sebuah kumpulan wayang kulit yang berasal dari Selatan Thailand. Setelah Pak Noh sembuh dari penyakitnya, maka Den Choon pun menjadikan beliau sebagai anak angkat dan lalu menurunkan segala ilmu pendalanganya kepada Pak Noh.


Semasa proses pembelajaran, Pak Noh diajarkan ilmu pendalangan Siam. Pak Noh terpaksa mempelajari semua epik-epik Thai, jampi mentera, pantang larang, lagu-lagu dan semuanya dalam bahasa Thai. Pak Noh mengambil masa 10 tahun untuk mempelajarinya dan diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan wayang kulitnya sendiri.

Kini, Pak Noh telah meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya iaitu Pak Majid. Pak Majid menjadi Tok Dalang kepada Kumpulan Seri Asun sehingga ke hari ini. Pak Majid telah mempelajari ilmu pendalangan oleh ayahnya iaitu Pak Noh selama 16 tahun. Dalam tempoh tersebut Pak Majid telah berjaya memahami segala aspek dan istiadatnya serta yakin untuk mencipta semula satu bentuk persembahan dengan menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu. Pak Majid yakin mempersembahkan watak-watak yang lebih mencabar dengan unsur-unsur lucu dan sindiran yang membina dan menghiburkan.

Menurut Pak Majid, Wayang Gedek ini adalah satu warisan seni yang mempunyai adat dan kebudayaanya tersendiri. Dalam penyempurnaan adat dan penerimaan watikah perlantikan dalang dari ayahnya beberapa syarat perlu diikut antaranya memerlukan seekor ayan jantan, kampung berwarna putih, sepinggan pulut kunyit, seutas lilin pintal benang masak, sintok, air buyung, kuih tradisi merah atau kuih buah melaka beserta duit sebanyak RM2.15. Dalam istiadat itu juga disertai oleh lima orang pemuziknya bersewrta dengan seekor ayam yang serupa. Jampi dan doa juga diadakan sebagai tanda kesyukuran dalam majlis penyerahan tugas seorang dalang ini.



4. Jampi Mentera 
Mentera memainkan peranan penting dan seseorang dalang mestilah mahir dalam aspek tersebut. Perkataan mentera adalah berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu mantra. Jampi mentera boleh didefinisikan sebagai rangkaian kata-kata ataupiun pemujaan yang diucapkan oleh dalang yang mempunyai tujuan yang tertentu. Kadangkala bahasa yang digunakan juga tidak difahami oleh penduduk tempatabn. Jampi mentera ini juga selalunya dikaitakan dengan sesuatu kuasa mistik bagi melakukan sesuatu pekerjaan.

Dalam persembahan wayang kulit dapat dilihat dengan jelas penggunaan jampi mentera ini terutamanya pada masa 'pembukaan panggung'. Bagi kumpulan Wayang Kulit Sri Asun kita dapat lihat penggunaan Bahasa Thai di dalam upacara jampi mentera ini. Ini adalah kerana asas pendalangan yang dipelajari oleh Pak Noh adalah secara terus dari dalang Thai. Jampi mentera ini adalah seperti berikut :-

Ohm naku chacha lakowatu
Naka chak bai chak chu cha cha
Ohm naku chachalakowatu
Naka chak bai chak chu cha cha
Om naku naka cha cha o bai
Om naku naka cha cha o bai
Jalalau musang raiku pai klai-klai
Passa mai nyai

Terjemahanya:
Muka engakau aku kibaskan dengan daun
Daun menjadi pelindung antara mukaku dengan mukamu
Pergilah engkau jauh-jauh
Bangsa engkau bukanlah besar




5. Patung Wayang Gedek dan Watak


Patung merupakan aspek penting dalam setiap persembahan wayang kulit. Ianya berbentuk dua demensi yang diperbuat daripada kulit-kulit binatang seperti kulit lembu, kambing dan kerbau. Patung ini ada diantaranya yang dibuat sendiri oleh dalang ataupun dibeli dari Thailand. Patung ini diukir halus dan diwarnakan mengikut watak didalam sesebuah cerita yang dipersembahkan oleh seseorang dalang. Dalam pembuatan patung Wayang Gedek kepakaran yang tinggi dan ketelitian amat diperlukan kerana ianya adalah nilai seni jelas kelihatan pada patung yang dihasilkan. Terdapat pantang larang dalam proses penghasilan Wayang Gedek terutamanya terhadap isteri dalang itu sendiri. Dipercayai, semasa penghasilan patung, isteri dalang mestilah tidak hamil. Ini kerana, jika isteri dalang hamil, amak dipercayai suatu perkara buruk akan menimpa keluarga dalang tersebut terutamanya pada anak yang bakal lahir itu. Walaupun aspek bertentangan dengan ajaran Islam tetapi ianya dituruti oleh dalang kerana tidak mahu menanggung risiko.

Secara keseluruhan, ianya merupakan set yang tersendiri dari berbagai jenis patung yang mempunyai bentuk konvensional dan moden. Walaupun beratus patung di dalam sesebuah kumpulan tetapi ianya masih boleh dibezakan mengikut kategori utama yang telah ditetapkan seperti golongan istana, dewa, hamba dan gergasi. Setiap kategori ini dapat dibezakan berdasarkan susuk badan, perhiasan dan pakaian, warna tubuh badan dan juga senjata yang ada pada watak tertentu. 

Patung Wayang Gedek yang dipersembahkan oleh Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun juga terdapat kategori demikian. Kumpulan ini mempunyai lebih dari dua ratus patung dan empat daripadanya adalah warisan dari gurunya. Watak-watak yang menjadi watak utama dalam persembahan Wayang Gedek adalah seperti Ai Tong, Ai Kiew, Dewa Panah dan Mahaguru. Dalam cerita Wayang Gedek terdapat dua pembahagian watak utama iaitu watak jahat dan watak baik. Watak baik terdiri daripada patung-patung yang memegang watak hero dan heroin. Contohnya seperti patung Mahaguru, Dewa Panah, Raja Permaisuri. Watak jahat pula dipegang oleh patung gergasi dan Bota.


 6. Peralatan Muzik

Peralatan Muzik merupakan peralatan yang penting dalam persembahan wayang kulit. Dengan menggunakan peralata muzik ini pemuzik akan memainkan lagu untuk mengiringi persembahan wayang kulit. Melodi yang dimainkan bergantung kepada babak atau episod yang terdapat dalam repertoire yang dipersembahkan.
Berdasarkan melodi yang dimainkan, penonton akan dapat mengetahui sama ada adegan itu adalah adegan perang, sedih, gembira dan lain-lain. Peralatan yang digunakan dalam kumpulan ini lebih tertumpu kepada dua pembahagian yang utama iaitu alat-alat yang ditiup dan alat-alat yang diketuk. Peralatan muzik dalam Kumpulan Wayang Sri Asun ini terdiri daripada alat-alat muzik seperti :-
  • Serunai
  • Geduk
  • Gedombak
  • Kerincing
  • Gong
  • Tamborin

7. Kesimpulan


Kedudukan negeri Kedah yang bersempadan dengan negara Thailand, menyebabkan pengaruh kebudayaan Siam mudah masuk. Di tambah pula dengan faktor sejarah di mana Kedah pernah dijaajh oleh kerajaan Siam dahulu.

Pengaruh kebudayaan yang dibawa masuk oleh masyarakat Thai adalah seperti Wayang Gedek, Menohra, Jikey dan Makyung. Di antaranya yang paling ketara yang membawa kebudayaan Thai ialah Wayang Gedek iaitu serupa denga persembahan Nang Talung di Selatan Thailand. Dari aspek persembahan, elemen Siam yang masih dikekalkan dalam Kumpulan Wayang Sri Asun ialah jampi mentera yang bertujuan melindungi ahli kumpulan tersebut. Pengaruh pakaian dan perhiasan pada patung juga jelas terdapat pengaruh kebudayaan Siam.  Bahasa yang digunakan di dalam persembahan Wayang Gedek juga telah mengalami perubahan. Asalnya bahasa penyampaian adalah bahasa Thailand. 

Walau bagaimanapun, persembahan Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun sememangnya masih mempunyai persamaan dengan Nang Talung yang terdapat di Selatan Thailand.