Pages

Tuesday, October 19, 2010

Wayang Kulit Melayu

1. Pengenalan
Sesuatu bangsa yang bertamadun diiktirafkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera. Wayang kulit melayu ini lazimnya terdapat di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.
2. Isi Cerita
Isi cerita dalam wayang kulit melayu dipengaruhi oleh cerita-cerita panji dan juga bersandarkan epik mahabrata terutamanya Pendawa Lima.
  
3. Bentuk Patung & Watak
Bentuk patung wayang kulit melayu mempunyai persamaan dengan wayang purwa yang mana persamaan itu boleh dilihat melalui pergerakan sendi patung. Sendi-sendi patung dalam wayang kulit melayu kedua-duanya boleh digerakkan.

 
Lazimnya amat mudah untuk mengenali watak baik dalam cerita wayang kulit melayu ini iaitu, bentuk patung watak baik akan mendongak kebawah dan bertubuh kecil, watak jahat, kasar dan sombong berhidung besar serta mendongak ke atas.

4. Alat Muzik
  •     Rebab
Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Cara bermain rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek.   

 

  •  Canang
Diperbuat daripada perunggu atau gangsa. Ia adalah gong kecil berbusut, tepinya melengkong ke dalam sedikit seperti gong yang berbentuk periuk. Gong - gong diatur berbaris melengkong ke atas satu para dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu yang berbalut dihujungnya oleh seorang pemain.

  • Gong
Diperbuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah - tengah bahagian permukaannya. Digantung dan dipalu dengan pemalu yang berbalut.
  •  Mong
Mong ialah sama denga tetawak tetapi lebih kecil ukurannya. Diatur berbaris diatas tali yang direngang pada para-para dan dipalu dibusutnya dengan pemalu beralas dihujungnya.


  • Kesi
Kesi terdiri daripada piring kecil yang diperbuat dari besi waja. Piring ini mempunyai tutup yang bertangkai. Kesi dimainkan dengan menghentakkan tutup piring pada piring bawah.




5. Bahasa
Cerita ini disampaikan dalam bahasa Jawa disamping diselitkan dialek Melayu tempatan.


No comments:

Post a Comment