Pages

Tuesday, October 19, 2010

Wayang Kulit Kelantan

1. Pengenalan
2. Isi Cerita
3. Bentuk Patung & Watak
4. Alat Muzik
5. Bahasa



Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. 

seorang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan.
Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam.
Wayang Kulit Kelantan - Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit.
Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi thai.

Alat2 muzik yang di gunakan dalam permainan wayang kulit kelantan ini ialah:
Tetawak (gong)       2 biji (ibu dan anak)

  - 
Canang                   1 pasang (ibu dan anak)

  - 
Kesi                        2 pasang (penahan dan pengicah)

  - 
Gedang                   2 biji (ibu dan anak)

  - 
Geduk                     2 biji (ibu dan anak)

  - 
Gedombak               2 biji (Peningkah dan pembawa)

  - 
Mong                       1 biji (Sebagai alat tambahan sahaja, bagaimana pun mustahak
                                   
juga jika di kehendaki memainkan lagu2 tertentu).

  - 
Serunai                   2 batang (Serunai besar dan serunai nyanyi)

  - 
Pemetek                  1 buah (Alat ini di guna sebagai mengganti suara perintah dalang
                                   
dan sebagai alat bantu kesan bunyi).

Membuat Patung Watak Wayang Kulit:
Watak asas wayang kulit dibuat daripada belulang lembu. Terlebih dahulu belulang direndam dalam air sebelum diregang supaya kulitnya rata. Watak dilukis terlebih dahulu kemudian ia dipahat supaya lubang-lubang terbentuk untuk menghasilkan corak bayang di atas kelir (skrin) kelak.
Patung belulang kemudian dikepit pada tetulang yang daripada buluh atau kayu, Bahagian atasnya dikepit menggunakan rotan yang dibelah. Tali tangsi digunakan untuk mengikat tetulang pada belulang.

Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.



1 comment:

  1. assalamualaikum . tumpang tanya, ada tak midi file kesemua lagu lagu wayang kulit kelantan (bukan mp3 file ) atau digital score lagu lagu wayang kulit (samada Finale atau Sibelius ataa apa apa)?

    saya sedang buat research on muzik wkk.. perlukan midi files sebagai dataset....
    boleh tolong email kalau ada apa apa info? (pajrul@gmail.com)

    regards
    norman rashid
    multimedia university

    ReplyDelete