Pages

Saturday, October 16, 2010

Sejarah Wayang Kulit


Selain di Thailand, Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga turut didapati di Bali, Kemboja dan China. Fungsi dan asas persembahannya sama tetapi nama yang diberi pada wayang kulit ini adalah berbeza mengikut tempat, budaya dan bahasa. Wayang kulit Jawa dikenali sebagai Wayang Purwa, wayang kulit Thailand pula dikenali sebagai Nang Yai dan Nang Talung manakala wayang kulit Kemboja disebut sebagai Nang Sbek.

Setiap wayang kulit mempunyai ciri dan fungsi tersendiri walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi cerita dan rupa bentuk patungnya. Akan tetapi wayang kulit kini banyak yang telah diubah mengikut budaya dan citarasa setempat.


 
Melihat kepada ciri-ciri dan rekabentuk patung wayang kulit ini terdapat beberapa perbezaan yang boleh dikenalpasti. Antaranya, kedua-dua tangan patung wayang kulit Jawa dapat digerakkan, tetapi wayang kulit Melayu hanya dapat digerakkan sebelah sahaja. Patung wayang Jawa lebih tinggi serta ramping jika dibandingkan dengan patung wayang kulit Melayu yang nampak lebih gagah dan tegap. Patung wayang kulit Kemboja pula yang memerlukan beberapa orang dalang untuk menggerakkannya dalam sesuatu persembahan.
Di Malaysia terdapat beberapa jenis wayang kulit iaitu Wayang Kelantan (Siam), Wayang Kulit Jawa, Wayang Gedek (Kedah) dan Wayang Melayu. Wayang Kelantan dan  wayang Gedek-Siam popular di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Perak. Manakala wayang kulit Jawa sangat popular di Johor dan Selangor.

Wayang Kulit Dalam Konteks Sosio-Budaya

Pelbagai "Bentuk" dan "Jenis" wayang kulit boleh didapati di Asia terutamanya di sebelah Asia Tenggara. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latarbelakang masyarakat lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat (4) jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruh-pengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu. Empat jenis wayang kulit yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1) Wayang Kulit Kelantan
2) Wayang Melayu
3) Wayang Purwo (Jawa)
4) Wayang Gedek

Friday, October 15, 2010

Pengenalan Wayang Kulit



Wayang Kulit merupakan sejenis teater tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara sebelum kedatangan pelbagai seni  hiburan dan persembahan moden yang kebanyakannya berasaskan media elektronik. Ia merupakan satu bentuk persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Wayang Kulit dipersembahkan dalam upacara atau perayaan tertentu. Fungsi Wayang Kulit ini adalah sebagai medium hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Seni persembahan ini tersebar dan membentuk satu identiti tersendiri dalam sesebuah masyarakat. 

Asal usul wayang kulit telah banyak diperkatakan sebelum ini. Rata-rata berpendapat bahawa wayang kulit telah wujud di Indonesia sejak beberapa kurun lalu dan dibawa dari Indonesia serentak dengan proses penyebaran agama Hindu. Pendapat ini sukar dibuktikan sama ada benar atau tidak. Kalau pun benar, kebenaran ini mungkin dalam aspek-aspek tertentu sahaja. Tidak terdapat sebarang persamaan baik dari segi falsafah mahu pun dalam cara persembahan antara wayang kulit Jawa atau Melayu dengan tradisi teater India. Bukti yang konkrit pun tidak pernah dicatat secara pasti. Catatan yang ditemui hanya berupa pandangan dan pendapat yang diasaskan pada pergerakan sejarah semata-mata. Namun demikian cerita wayang kulit di Pulau Jawa, Bali atau Malaysia semuanya berasaskan pada dua hikayat Dewa-dewa, iaitu Mahabharata dan Ramayana. Begitu juga dengan persamaan istilah seperti wayang, dalang, panggung dan kelir.

Pengertian istilah wayang dalam bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang yang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang disekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang.


Selain di Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga terdapat di Bali, Kemboja dan China. Nama yang diberi kepada wayang kulit ini berbeza mengikut budaya dan bahasa setempat, walaupun fungsi dan asas persembahannya adalah sama. Di Thailand, wayang kulit dikenali sebagai Nang Yai, di Kemboja disebut dengan nama Nang Sbek manakal di Jawa digelar Wayang Purwa.




Wayang Kulit Melayu dipercayai dibawa dari Tanah Jawa ke Kemboja oleh seorang putera raja Kemboja yang bergelar Jaya Verman II. Beliau amat tertarik kepada falsafah dan persembahan wayang kulit lalu membawanya ke Kemboja dalam usaha untuk menyatukan kembali negaranya. Beliua berusaha mengubahsuai, merekacipta semula dan menghasilkan wayang kulit Kemboja. Keseluruhan rupabentuk dan cara persembahan wayang kulit kemboja telah berubah dan amat berbeza daripada wayang kulit Jawa. Semua watak dan cerita wayang kulit Kemboja diasaskan kepada cerita Ramayana. Kemungkinan di sinilah bermulanya asas bagi wayang kulit Siam dan wayang kulit Melayu kemudiannya.


Walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi cerita dan rupabentuk patung wayang, namun banyak yang telah diubahsuai mengikut budaya dan selera masyarakat tempatan. Begitu juga dengan patung wayang kulit yang telah diubahsuai. Patung wayang Jawa lebih ramping dan lampai berbanding dengan wayang Melayu yang kelihatan lebih gagah dan tegap. Kedua-dua tangan patung wayang kulit Jawa dapat digerakkan, tetapi patung wayang Melayu hanya dapat digerakkan sebelah tangannya sahaja. Begitu juga dengan patung wayang Kemboja yang kelihatan lebih besar dan memerlukan beberapa orang dalang untuk membantu dalam persembahan. Dapat dikatakan bahawa setiap wayang kulit dari pelbagai negara mempunyai ciri dan fungsi tersendiri. Kemungkinan inilah yang menyebabkan wayang kulit menjadi satu persembahan tetater tradisional di kebanyakan negara Asia Tenggara.

Dipercayai tradisi persembahan wayang kulit bermula sejak lebih 3000 tahun di Indonesia. Di Semenanjung Malaysia pula wayang kulit dianggarkan bermula sejak beberapa ratus tahun lalu. Kita mungkin tertanya-tanya, kenapakah wayang kulit masih kekal hingga sekarang?. Sebabnya ialah wayang kulit mempunyai nilai-nilai yang diperlukan oelh kehidupan manusia, baik dari segi material mahupun spiritual. Wayang kulit didapati mampu menggerakkan hati seseorang. Semakin tinggi jiwa seseorang pendukung, semakin tinggi pula perhatiannya terhadap wayang kulit. Semakin mendalam pengkajian dan pemahaman terhadapnya semakin takjub pula dirasakan.

Di awal abad ke-9, wayang kulit Melayu yang berasaskan cerita Ramayana kerap dimainkan di Patani, Kelantan, Kedah dan Perak. Dalang wayang kulit dari utara Semenanjung mengembara dan mengadakan persembahan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai timur negeri Johor. Pada pertengahan abad ke-9, sebilangan besar dalang wayang kulit hidup subur dan telah sekian lama kukuh bertapak menjadi tradisi dan budaya dalam masyarakat Melayu Kelantan. Falsafah yang dibawa dalam persembahan wayang kulit dipercayai diasaskan pada pemahaman agama Islam yang mendalam.


  
Peranan "Dalang" sebagai dukun atau bomoh dalam masyarakat merupakan salah satu asas pengekalan tradisi ini di Kelantan. Dipercayai kekuatan spiritual dalam penyelenggaraan wayang kulit dapat menimbulkan malapetaka atau bahaya. Dialog persembahan wayang kulit juga telah diadun dan diubahsuai ke dalam longhat setempat (longhat Kelantan dan Patani). Kemungkinan inilah juga sebabnya persembahan wayang kulit tidak kekal dan sesetengahnya diubahsuai mengikut kehendak dan selera masyarakat setempat.

Dalam proses perkembangannya wayang kulit telah banyak melalui perubahan. Setelah melalui pelbagai zaman, wayang kulit dapat menyesuaikan dirinya secara bebas dan kreatif. Wayang kulit bermula sebagai alat yang ada kaitannya dengan upacara penyebaran agama, tetapi kemudiannya digunakan sebagai alat pendidikan dan penerangan. Pada kesempatan inilah nilai-nilai pendidikan dan pembangunan keluarga disampaikan. Nilai-nilai pembangunan masyarakat sebenarnya didasarkan pada hakikat bahawa keluarga menjadi agen pembentukan masyarakat. Inilah antara faktor mengapa wayang kulit sehingga kini menjadi salah satu tradisi kesenian negara.




Pada masa dahulu terdapat dua jenis persembahan wayang kulit di Semenanjung Malaysia, dan kebiasaannya dimainkan di negeri-negeri Utara Semenanjung yang bersempadanan dengan negara Siam (Thailand) dan juga Wilayah iam dan Wayang Jawa. Adunan daripada kedua-dua jenis wayang inilah yang telah menghasilkan Wayang Kulit Melayu. Wayang Kulit Jawa kini semakin pupus di Malaysia dan kalau ada pun, hanyalah untuk segelintir masyarakat Jawa di negeri ini ataupun dimainkan atas kehendak dan naungan para budayawan tempatan. Biasanya persembahan wayang kulit dipentaskan sewaktu ada pesta dan keramaian sosial, seperti pesta dan keramaian selepas menuai padi, di majlis perkahwinan dan berkhatan. Dewasa ini ada sedikit perbezaan kerana persembahan-persembahan wayang kulit dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan atau badan-badan kebudayaan temapatan mahupun oleh badan perniagaan. Jarang sekali lita lihat individu yang menganjurkan persembahan wayang kulit. Namun demikan, wayang kulit tetap hidup subur dalam budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Sebilangan besar dalang wayang kulit mendiami kawasan-kawasan penanaman padi. Ini bermakna musim permainan wayang kulit akan bermula sebaik sahaja padi habis dituai dan akan berlarutan sehingga bermulanya musim hujan. Seseorang dalang yang terkenal akan sentiasa mendapat jemputan mengadakan persembahan. Bagi dirinya kerja ini akan dapat mengisi masanya terutamanya dari bulan Mac hingga Oktober. Terdapat segelintir sahaja para dalang yang menampung hidup sepenuhnya daripada pendapatan persembahan wayang kulit. Kebanyakan dalang mempunyai pekerjaan sampingan, seperti menjadi pesawah ataupun menjadi penghibur dan juga dukun. Di sinilah para dalng menjadi lambang serta sumber harapan kepada masyarakat setempat. 


Profile Ahli Kumpulan