Pages

Saturday, October 16, 2010

Sejarah Wayang Kulit


Selain di Thailand, Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga turut didapati di Bali, Kemboja dan China. Fungsi dan asas persembahannya sama tetapi nama yang diberi pada wayang kulit ini adalah berbeza mengikut tempat, budaya dan bahasa. Wayang kulit Jawa dikenali sebagai Wayang Purwa, wayang kulit Thailand pula dikenali sebagai Nang Yai dan Nang Talung manakala wayang kulit Kemboja disebut sebagai Nang Sbek.

Setiap wayang kulit mempunyai ciri dan fungsi tersendiri walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi cerita dan rupa bentuk patungnya. Akan tetapi wayang kulit kini banyak yang telah diubah mengikut budaya dan citarasa setempat.


 
Melihat kepada ciri-ciri dan rekabentuk patung wayang kulit ini terdapat beberapa perbezaan yang boleh dikenalpasti. Antaranya, kedua-dua tangan patung wayang kulit Jawa dapat digerakkan, tetapi wayang kulit Melayu hanya dapat digerakkan sebelah sahaja. Patung wayang Jawa lebih tinggi serta ramping jika dibandingkan dengan patung wayang kulit Melayu yang nampak lebih gagah dan tegap. Patung wayang kulit Kemboja pula yang memerlukan beberapa orang dalang untuk menggerakkannya dalam sesuatu persembahan.
Di Malaysia terdapat beberapa jenis wayang kulit iaitu Wayang Kelantan (Siam), Wayang Kulit Jawa, Wayang Gedek (Kedah) dan Wayang Melayu. Wayang Kelantan dan  wayang Gedek-Siam popular di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Perak. Manakala wayang kulit Jawa sangat popular di Johor dan Selangor.

6 comments:

  1. Wayang kulit itu di akui dunia warisan asli Indonesia, jangan asal klaim aja malaysia itu cuma peniru buat tulisan blog gini aja tak jelas asal usulnya. lihat bedanya dengan: http://budayawayangkulit.blogspot.com/2009/01/wayang-kulit-wayang-salah-satu-puncak.html
    disitu lebih jelas asal mula wayang lengkap dengan referensi karya ilmiah, pengakuan ahli sejarah juga tahun munculnya wayang kulit. kalo cuma buat tulisan blog seperti ini anak SD di Indonesia juga bisa buat lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  2. Tuan kukuh Nur Pramono.. Kita tidak pernah mengatakan wayang kulit itu berasal dari Malaysia. Susur galur telah diterangkan . Sila rujuk sebenar-benarnya.

    ReplyDelete
  3. orang Indonesia memang perasan bagus. entah apa yang ada dalam kepala otak mereka entah lah. melaysia tidak pernah mengatakan wayang kulit itu asal dari Negara ini. tak kan tak paham bahasa kut.

    ReplyDelete
  4. Tuan Kukuh Promono, wayang kulit bermula di China sewaktu dinasti Han.. hahahahaha.. bukan di Indonesia.. hahahaha..

    ReplyDelete