Pages

wayang kulit kelantan

Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand.
Wayang Kulit Kelantan - Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit.
Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi thai.
seorang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan.
Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam 
Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.
Selain itu terdapat juga watak-watak sampingan yang turut menjadi watak penting di dalam wayang kulit iaitu :-
Pak dogol,wok long,samad,said,wok yoh dan lain-lain lagi.
                                                                            
A - Tok Dalang
B & C - Penunjuk Patung
1 - Serunai   6 - Kesi
2 - Gendang Ibu  7 - Geduk Ibu
3 - Gendang Anak 8 - Geduk Anak
4 - Gedombak Ibu 9 - Canang
5 - Gedombak Anak 10 - Pemain Gong
Membuat Patung Watak Wayang Kulit:
Watak asas wayang kulit dibuat daripada belulang lembu. Terlebih dahulu belulang direndam dalam air sebelum diregang supaya kulitnya rata. Watak dilukis terlebih dahulu kemudian ia dipahat supaya lubang-lubang terbentuk untuk menghasilkan corak bayang di atas kelir (skrin) kelak.
Patung belulang kemudian dikepit pada tetulang yang daripada buluh atau kayu, Bahagian atasnya dikepit menggunakan rotan yang dibelah. Tali tangsi digunakan untuk mengikat tetulang pada belulang.
 
Ukiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung-patung Patani. Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan.
Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain
Warna khusus menunjukkan watak tertentu. Hitam untuk watak lucu seperti Pak Dogol dan Wak Long, merah untuk watak bengis dan jahat. Warna hijau bagi pahlawan yang mulia (Sri Rama). Kuning untuk watak puteri 
 
tokoh wayang kulit kelantan ialah Hamzah Awang Amat (Pak Hamzah)